Salam,


Hari ni hari yang terakhir dalam 2008. Esok dah masuk hari baru dalam 2009. Lain orang lain kenangan dalam tahun 2008. Yang manis, yang lucu, yang pahit, yang sedih, yang jambu..Hahaha..Tapi yang pasti semua orang simpan sebagai kenangan !


Aku ? Pun ade ! Rasa sedih pun ade nak tinggalkan 2008 ni. Tapi rilek laa. 2008 ni bukannya orang. Yang menjadi SEJARAHNYA masuk saja December tahun ni kira dah genaplah aku dalam dunia kerjaya tanpa henti ni. Klako pun ade. Tapi tenang. Yang penting balik keje mesti PUNCTUAL !

Tahun ni jugak aku KONVO dengan kembang kuncup hidungnya! Mana tidaknya, setahun extend blajo. Ade yg kata double degree laa apa laa. Sedap jer ngata aku.

Macam-macam lagi laa kalo nak ditulis. Kalo tumpang blog orang lain pun mesti tak muat-muat nak tulis ape yg buat hari -hari dalam 2008. Yeahhh..
Yang tambah kelakar, tahun ni jugak aku start balik memblog. Hahaha. Sungguh tak kusangka tak pulak kuduga memblog begitu mengghairahkan. Aku berahi memblog. ~ Memblog itu menketagihkan !

Namun adat hidup di dunia. Tuhan itu MAHA ADIL. Selain dari sifat perasaan gembira TUHAN YANG SATU itu juga menganugerahkan perasaan sedih.

4 Disember 2008. Suatu tarikh di mana janji Tuhan pada hambanya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Tidak akan diperlambatkan barang sesaat atau dicepatkan walau sesaat. Lebih kurang jam 1.15pm ibu yang dikasihi, ibu yang disayangi, yang tak dapat diganti telah pun dipanggil bertemu dengan ILAHI. Arwah ibu pergi tanpa sempat kami beraya Iduladha bersamanya. 7 tahun menderita akibat barah payudara & barah paru-paru, kami redha pemergian ibu. Memang sukar kami percaya ibu yang selalu bersama kami, ibu yang selalu tersenyum pada kami, ibu yang selalu memarahi kami tiada lagi bersama kami. Kami yakin kami percaya kami akan bertemu semula ibu di taman-taman syurga ALLAH nanti.

Aku pernah menulis tentang ibu beberapa bulan lepas dalam blog ini. Setelah ketiadaan ibu,aku tak dikurniakan kekuatan untuk menulis. Kerana aku pasti ingin menulis tentang ibu. Aku ingin mengabadikan sesuatu tentang ibu.

Tambah menyedihkan lagi 2008 ini, aku akan tamatkan riwayat aduhaidunia ini sampai di sini saja. Artikel yang terakhir dalam blog ini ialah artikel tentang ibu. Aku ingin abadikan ia sampai di sini saja. Sebagai suatu kenangan yang abadi untuk arwah ibu, aku ingin maklumkan kelahiran blog yang baru ;


http://agungnyadoaibu.wordpress.com



Aku percaya doa ibu begitu agung. Nama blog yang dipilih itu sememangnya terlalu agung nilainya. Sebagai satu rasa penghargaan untuk arwah ibu,  tak lupa juga untuk seluruh ibu-ibu di Malaysia khususnya aku ingin abadikan satu tulisan buatmu. Aku begitu mengkagumi ibuku.


AL FATIHAH untuk arwah IBU = Allahyarhamah Faridah Binti Tak

AL FATIHAH untuk 2008 !

ALFATIHAH untuk http://aduhaidunia.wordpress.com !


Wassalam,


Dari Meja 2008

Aku telah ditagged (tidak tahu apakah bahasa melayu untuk di tag ~ ala-ala nametag sekolah laa pulak) oleh Kak Maz. Kak Maz memang suka tagging-tagging ni.

1. The age you’ll be on your next birthday:

26…i likeeeeee…!

2. Place you want to travel to:

a~MUAR~ica, BERA~zil, SEPANG~yol

3. Your favorite place:

Gelanggang badminton.

4. Your favorite food:

Nasi ~ orang kampung beb !  Tak pandai makan ciken cop sume

5. Your favorite pet:

Aku tak bela pet.

6. Favorite color combination:

Merah & Putih. Barulah ghairah & berahi. Wakakaka

7. Favorite piece of clothing:

Seluor jeans..i likeeee….

8. Your all time favorite song:

Lagu-lagu evergreen. Yang sepanjang zaman lazat didengar

9. Favorite TV show:

Siaran Langsung Badminton

10. First name of your significant other/crush:

Mohd Noor Azwar & Mohd ANuar Maulan (mampus laa korang aku dajalkan nama korang dalam ni..haha)

11. Which town do you live in:

Klang

12. Your screen name/nickname:

SKASMYI

13. Your first job:

Customer Service for Astro

14. Your dream job:

Jadi bos tukang sign cek saje. Datang opis sign cek. Lepas tengah hari pergi main golf. Sparring dengan En Z.

15. One bad habit that you have:

Saya sangat suka buat benda yang best-best..tapi tak suka buat keje..PEMALAS !!! Unta padang pasir pun takde malas macam ente !

16. Worst fear:

Takut KEMATIAN

17: Things you’d like to do before you die:

Dapat tunaikan memana yang berhajat. Ini kalo tulis ni tak muat ni kat blog sendiri. Siap tumpang tulis hajat kat blog orang lagi

18. The 1st thing you’ll buy if you get $1,000,000:

Berjudi adalah lebih baik !

19. Your husband/wife:

Insyallah..skang tengah dalam proses

Mujur laa aku pandai dah cket nak jawab soalan Bahasa Inggeris. Sebab baru pas blaja dalam kelas bahasa Inggeris entri lepas. Soalan bahasa Melayu sudaaaaaa…

Sambung KOMA balik….

Diumumkan


BLOG aku KOMA beberapa hari..


SILA TUNGGU !


Ikhlas Dari Negara Tembok Besar,

SYAHRUL

…………………………………….

Aduhhh…Tensen. Keja dah laa banyak tapi nak suruh siapkan dalam minggu ni. Mak aihhh. Cuak sudah aku ni. Sama perasaan macam nak pergi exam sok petang tapi pagi tu satu apa pun tak baca lagi. Terus rasa malas nak pergi exam. Terus dalam hati rasa nak jadi burung. Terbang bebas. WahahahahahaHANCUSSSS…!!

Boss,

Cubalah boss evaluate gaji saya berdasarkan blog saya ? Tentulah lebih menarik.  Dah tentu saya lah PEKERJA PALING PRODUKTIF SEPANJANG ZAMAN. Janganlah di~evaluate berdasarkan kerja yang banyak yang takkan berenti siap-siap ni. Dah tentu menyakitkan hati untuk dinilai. Cubalah try evaluate gaji berdasarkan blog. (Kalo anda bijak tentu anda perasan ape kesalahan ayat ni~kalo tak perasan jugak sila rujuk footnote) Tak pun boss try laa memblog. Aduhhh bosss. Memblog itu indah. Memblog jugak boleh membuat boss jadi ketagih. Tentu boss lagi banyak cerita nak post. Wakakaka.

Boss jangan tak tahu pekerja-pekerja boss sejak dua minggu ni skarang sudah HEBAT memblogging. Ibu anak empat pun sudah begitu bersemangat angkuh memblogging. Tahniah Kak M. Blog dia pun sudah semakin dikomersialkan. Tu pun boss blom kira yang dekat opis Johor sana. Ada sorang anak muda sudah begitu GHAIRAH & MEMBERAHIKAN untuk memblogging. Syabas En F ! Boss try laa bos bukak diorang punya blog dah tentu boss akan jadi tak senang duduk nak saya ajarkan blogging.

Boss,

Saya bukanlah malas nak buat kerja. Tapi saya tak pandai bila kena buat sorang-sorang tapi takde yang nak ajar saya bila kena part-part Technical. Kerja-kerja blogging tidak memerlukan technical yang rumit. Boss tak caya ?? Boss sila blogging skarang ! Lebih mudah dari kerja-kerja engineering di power plant atau platform. Seriussss ni boss.

Boss,

Boss juga tak perlu amek cuti untuk menulis blog. Jauh sekali perlu untuk amek MC sebab pening memblog. Asalkan boss ada idea untuk menggoreng dah tentu silent readers pun akan hari-hari bukak blog boss. Dah tentu jimat Annual Leave boss.

Boss,

Saya sendiri sekarang dah pening nak masukkan harga untuk quotation ni. Saya nak pergi makanlah. Memakan makanan yang berkhasiat boleh menjana & memimpin isi blog yang sangat baik. Baik boss pergi makan skarang. Boss kena makan yang sedap-sedap. Sebab boss banyak duit. Saya pun banyak gak duit. DUIT SYILING. Lagi banyak dari boss.

Saya pergi makan dululah boss. SELAMAT TINGGAL BOSS !

~ entri kali ni mempunyai pengaruh yang kuat dari entri surat semalam. hahaha. sungguh berkait. tapi tidak berbelit. saya sungguh pandai mengaitkan cerita dalam blog bukan ? aku rasa macam nak print jer surat ni bagi kat boss aku. so besok aku boleh duk umah sebab dah kena buang keje. terus aku boleh memblog dan memblog lagi. wakakakakaka. ~

Cubalah try evaluate gaji berdasarkan blog. 
(Kalo anda bijak tentu anda perasan ape kesalahan ayat ni~
kalo tak perasan jugak sila rujuk footnote)
Kalau sudah ada perkataan cuba mengapa mesti ada perkataan try lagi.
Bukankah kedua-duanya memberi impak maksima yang sama.
Selalu kite dengar kesalahan yang orang tak berapa pandang macam ni.
Hakikatnya SALAH !

Contoh; 

Rul, cuba ko try adjust ubahkan jam dinding tu ?

Kesalahan: Kenapa mesti disebut dua kali cuba & try dengan adjust & ubah.
Bukankah maksudnya sama. Cuba kita tukar ayat tersebut.

Rul, try ko cuba ubah adjustkan jam dinding tu ?

Dah terang-terang berkecamuk maksud kan !

Renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL !

Tadi aku baca surat cinta dalam blog Encik F. HAHAHA. Sangat memecah perut baca benda-benda cenggitu. Tetiba aku pun teringat aku pernah tulis yang sama. Aduh, sangat bermotifkan ke~chenta~an blog kali ini. Aku semakin mendapat idea untuk menulis blog. HAHAHA. Lepas jer aku baca blog Encik F. Blog aku terus terjaga dari KOMA ! Setelah lama tersadai koma & tak ubah seperti bangkai. Blog sudah seminggu dibiarkan MEMBANGKAI !

Sebelum aku tunjuk surat aku, aku paste kan dulu antara surat-surat yang aku rasa KELAKAR (gila). Kena tulis kelakar GILA sebab ayat GILA tersebut ialah perkataan penguat. Ini aku dapat masa dalam forum bebudak hostel kat UIA dulu. Kite TERJAH !

1. NI SURAT APPLY UNTUK BERPOLIGAMI

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300 , Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300 , Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini disamping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar.
Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi
bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan diperkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan
akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut
orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan “Nak suruh saya tandatangan dimana? Guna pisau boleh bang..?”.

Sepanjang aku duk Kemaman, tak pernah pulak aku dengar ada nama Jalan Angkasa.

2. NI SURAT APPLY MENJADI KEKASIH

MODERN LOVE LETTER

Dearest Girl :
I am very happy to inform you that I have fallen in love with you since Tuesday, the 03th of April 2001. With reference to the meeting held between us on the 31st of March 2001 at 1500 hours, I would like to present myself as a prospective lover. Our love affair would be on probation for a period of three months and depending on compatibility, would be made permanent. Of course, upon completion of probation, there will be continuous on-the-relationship training and relationship appraisal schemes leading up to promotion from lover to spouse.

The expenses incurred for coffee and entertainment would initially be shared equally between us . Later, based on your performance, I might take up a larger share of the expenses. However I am broad-minded enough, to be taken care of, on your expense account. I request you to kindly respond within 30 days of receiving this letter, failing which, this offer would be cancelled without further notice and I shall be considering someone else. I would be happy, if you could forward this letter to your sister, if you do not wish to take up this offer .

Thanking you in anticipation.

Yours sincerely,
[Boy]

———————————————————————-

MODERN REPLY OF MODERN LOVE LETTER

Dear Boy :
Please refer to your letter dated today. I am pleased to inform you that I hope to accept your proposal for romance.However, you should be informed that there are certain conditions of acceptance. Promotional prospects are to my satisfaction. However, please enlighten me as to your retirement benefits. Gratuity should be generous. I also need to be assured that there is sufficient security with regards to this commitment.

If there is any chance at all of retrenchment or consequent disinterest on your part, then I should receive monetary compensation according to union standards. Due to the nature of my position, I am sure you will agree that an expense account should be arranged for my access in light of the ‘VIP’. I shall be entertaining. In addition, housing and transport allowances should be in order and nothing less than a placed luxury condo and a Jag are in order. Please also note that there should be no moonlighting restrictions on myself.

If you are still interested in the relationship, please reply on an urgent basis as other prospective lovers have sent indications of interest . Please also note that my sister is happily employed.

Yours perhaps,
[Girl]


HAHAHAHA. Aku tau ada banyak lagi surat-surat macam ni dalam memana forum kat internet ni. Kasi aku chance letak surat kat sini. Kalau tak nak, delete lah.

(DELETELAH KALAU BOLEH!) KAH KAH KAH

3.  SURAT AKU

SYAHRUL KHIDZIR AHMAD SA’AD
4, Lebuh Turi,
Taman Chi Liung,
41200 Klang
Selangor__________________________________________________________________________________

Noor Dalila Khalid
27, Lorong Salak,
Chabang Tiga
21000 Kuala Terengganu

01 JANUARI 2005

Saudari,

Memohon Menjawat Jawatan Sebagai Kekasih Setia

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti yang tersebut di atas.

2) Adalah dimaklumkan bahawa saya adalah salah seorang peminat saudari yang jelitawan lagi budiman, dan saya sudah sekian lama memendam perasaan kasih dan cinta pandang pertama terhadap saudari.

3)Saya telah mendapat nasihat rakan-rakan sekuliah dan doktor peribadi saya dan disahkan sedang menghidapi penyakit angau yang keterlaluan terhadap saudari.

4)Sehubungan itu saya memohon jasa baik saudari agar menimbang permohonan saya untuk menjawat jawatan sebagai kekasih sejati saudari. Saya berjanji akan menjadi seorang kekasih yang romantis, setia, tabah, tidak suka merajuk dan selalu membeli bunga untuk saudari.

5) Perhatian saudari berhubung permohonan ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih dan Aku cinta padamu.

Sekian,

Yang Jatuh Cinta Padamu,


(SYAHRUL KHIDZIR BIN AHMAD SA’AD)


Dan terus dapat reply disahkan jawatan.

DEAREST ABANG,
NO 4 LEBUH TURI,
TMN CHI LIUNG,
KLANG, SELANGOR.

DEAR,
LETTER OF ACCEPTANCE

i have proudly read your application letter.
and i would like to say that you are fit in the position asked.
so please be my kekasih hati yang setia…

YOURS,
DALILA KHALID


HAHAHA. Ni penangan Encik F punya blog laa ni. Encik F, Jangan lupa project kita.

Sekian. Wassalam (Adehh..terbawak-bawak laa pulak tulis penutup surat. Kata topik surat)


Signing off,

5y4hRuL

Sejak seminggu lepas aku jadi tak berapa nak ada mood nak update. Demam selesema buat aku jadi lembab pergerakan otak. Hari ni pulak hari Isnin. Lagi laa takda mood nak duk pejabat. Aku tak berapa nak guna otak aku sampai gear 5. Gear 3 jer cukup. Rilek rilek sudaaaa. HAHAHAHA.

Masuk opis hari ni ditanya oleh Kak Maz;

Kak Maz       :  Rul, awak tak apdet blog lagi ker ?

Penulis blog :  Belom lagi laa kak. Demam ini membunuh mood ku. (Macam lagu D’Massive pulak ada membunuh-bunuh ni)

Kak Maz       :  Awak demam. Blog awak pun koma !

Ishhhh..tercabar aku dikata blog aku koma. Tak pernah aku dengar ada blog yang tercedera atau koma sebab lama tak apdet. Terus aku guna gear 7 untuk apdet blog. Terima kasih Kak Maz kerana telah mengerah otakku yang suam-suam kuku ala-ala panas bawah pelipat. HAHAHAHA.

Haaaa Kak Maz ! Blog ini ditujukan untuk kamu !      ;-)

Suatu malam ke kedai makan di Sri Ayu, Sri Gombak. Menu makan malam Nasi Goreng Kampung + Sotong Kangkung + Kerang Bakar. Sambil makan berborak dengan sang kekasih.  Tetiba datang satu idea yang genius. Sambil makan sambil  menambah ilmu di dada. Mencabar bukan ? Letih betol sambil makan pun nak berfikir jugak. SCRABBLE tanpa papan abjad.

Tema permainan    : Mencari perkataan dalam bahasa Inggeris untuk bahan-bahan masakan.

Bahasa dibenarkan : In English laa. Kan dah tulis kat topic entry tuu

Terma & syarat      : Tidak dibenarkan guna kamus. Kena jawab spontan guna vocabulary yang tahu saja.

(Kalau takleh jawab namanya menuntut ilmu tak habis laa tuuu)

Mencari perkataan dalam bahasa Inggeris. Topik perkataan ialah benda-benda di dapur. Lebih spesifik lagi bahan makan. Tema dipilih sebab tengah makan. Tambah lagi sebabnya benda-benda tu sungguh jarang disebut. Barang masakan. Aduhhh. Aku tak pandai bahan-bahan masakan dalam English. Pernah terkena. Ingatkan nak mkn Chicken chop sedap. Chicken Chop with Turmeric sauce. Sekali datang kuahnya colour kuning. Aik ?? Apa hal..?? Rupanya turmeric tu kunyit daa. Tuu laa. Tak pandai bahasa Inggeris dalam masakan. Akibatnya ~ tidak lalu makan. ADEHHHH.

Makanan pertama yg sampai aritu;

KERANG REBUS -

” Kerang dalam English ape ??? ‘”

Syarat              – Kena jawab spontan.

Aduhhh. Dua-dua pun takleh jawab.

Soalan lain;

” IKAN BILIS ? “

Anchovy. Perghh. Hebat bagi jawapan yer. Sajer diacah dengan soalan mudah. Tu baru soalan panas badan jer. Aku soal lagi.Ni baru soalan betol.

” Anak ikan bilis panggil ape ? ”

Haaa…sape yang baca pun boleh cepat-cepat pikir ape jawapannya. Secara selamba si dia memberi jawapan.

” Anak ikan bilis ialah ANCHOVY kids laa “

WAKAKAKAKA. :-) Gelak panjang dibuatnya. (istighfar panjang kan lebeh mulia..hahahaha..shadap u !)  Nak ketawa ker nak counter balik ni. Jawapannya tak tahu. Tapi bagi mengelakkan tak dapat markah jawab hentam sajalah. Bijak bukan ? Ini panjang akal namanya.

Soalan lain pulak;

” Kulit kayu manis ? “

Dah tak dapat jawab. Lagi nak hentam pun tiada idea sudah. HAHAHAHA. Tadi dia menang. Dia mengalah aku jawab. Panjang akal jugak.

” Black sweet stick “

Padahal jawapannya sangat berlainan. Main translate sebijik-sebijik jer. Senang bukan nak menang tipu ? HAHAHAHA. Next question. Permainan semakin rancak. Soalan-soalan tak berjawpan dituju bertubi-tubi.

” Bunga cengkih ? “


Pun takleh jawab jugak.

” Buah Pelaga ? “

” Ikan Keli ? “

” Kangkung ? “


Pun terkujat nak jawab.

” Sawi ? “

” Ikan Kembong ? “


HAHAHA. Sekali kali lagi gagal. Dah graduate pun takleh jawab. Menarik bukan. Secara tidak tepatnya blog entry kali ni dah tambahkan ilmu pada yang tak tahu. HAHAHAHA. Padahal si penulis blog yang tak tahu. Bukankah kelihatan kamu sangat cetek ilmu ? Baik mengaku ! Cepat !

Tapi, jawapan anak ikan bilis tu sungguh mencerna makanan kitorang malam tu dengan cepat. Sangat tidak logik. Menarik TAPI Sadis ! Berkudis aku dengar jawapan macam tu !

Mari kita pulang BELAJAR BAHASA INGGERIS lagi. Itu baru bab dapur, bahagian masakan. Blom bab buat rumah lagi, bab berkebun ker, bab beskal ker. HAHAHA. Aku rasa budak-budak pun lagi pandai dari kitorang. Sebab ? Budak-budak ada KAMUS BERGAMBAR. Ayuh ! Dapatkan !

Membudayakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian tidak menjana keruntuhan akhlak remaja tempatan. Sila perhatikan frasa di bawah;

” Demo tera ngejah “

” Abe sapa rembout tuu abe pusing kane…”

Sangat advance orang Kelantan. Orang Kelantan kan berkawan dengan orang Amerika sebelum pergi Mesjid. (tok Amerika doh laa saing nga budok sejid….! ~ dipetik dari Filem BUDAK KELANTAN) HAHAHAHA. Bukti sangat jelas.


Perkataan Perkataan sebenar

Tera                                  Try

Ngejah                              Adjust

Rembout                           Roundabout


Mati-mati aku ingat perkataan tu bahasa Kelantan dulu. Mereka sangat BIJAK bukan !  Di“KELANTANIZE“kan perkataan Amerika itu. Aku percaya banyak lagi perkataan yang lain. Sila post dalam komen.

Secara hingusannya, BAHASA INGGERIS sangat penting. HAHAHA. Blog ini sudah tak ubah menjadi LAMAN INTERACTIVE SERIVICE. Sudah menjadi PUSAT BAHASA. Sangat informatif memblog sebegini.

~ Hati TERHIBUR TEMAN-TEMAN ketawa TERSEMBUR ! ~

Hahahaha.

Next Page »